SEJARAH SEKOLAH

Pembukaan rasmi SKTAM-1937

Gambar kenangan Pembukaan Rasmi SKTAM oleh Al-Marhum D.Y.M.M.Sultan Sulaiman Ibni AL-Marhum Sultan Zainal Abidin pada tahun 1937.

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam telah ditubuhkan atau didirikan dalam tahun 1937 di atas sebidang tanah seluas 3.55 ekar. Sebuah bangunan kayu yang mengandungi dua bilik darjah adalah kurniaan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bangunan ini berukuran 60 x 24 kaki.

Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 30 orang. Kesemuanya murid perempuan dan belajar dalam darjah dua sahaja. Tenaga pengajarnya pun seorang guru perempuan.

Tahun 1950, sebuah bangunan kayu dua tingkat berukuran 140 x 22.5 kaki telah dibina oleh Kementerian Pendidikan bagi menampung keramaian murid yang bertambah seramai 639 orang.

Keramai murid terus bertambah. Tahun 1964 keramaian murid menjadi 802 orang . Dengan keramaian ini, pada 20 Jun 1964, murid-murid dibahagidua. 515 orang di bawah kelolaan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu manakala 287 orang di bawah pengawasan Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Dua.

Pada 1 Januari 1972, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Satu dan Dua dicantum semula dengan nama Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam sahaja. Murid-murid lelaki juga diterima masuk dengan murid perempuan.

Pada tahun 1975, satu bangunan batu dua tingkat telah dibina bagi menggantikan bangunan kurniaan 1937 yang tidak sesuai lagi digunakan. Bangunan baru ini mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat, bilik Guru Besar, stor dan tandas lelaki dan perempuan.

Manakala bangunan kurniaan telah diubah suai oleh pihak JPNT untuk dijadikan bilik kurikulum dan ko-kurikulum.

Pada tahun 1992 di bawah Rancangan Malaysia ke-6 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah di bina di mana menempatkan 8 bilik kelas, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah perpustakaan, bilik tayangan, stor dan tandas.


SEKOLAH TENGKU AMPUAN MARIAM, 20200 KUALA TERENGGANU.

Lokasi Sekolah : Kedudukan sekolah ini terletak di tengah-tengah pusat bandar KualaTerengganu. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Bangunan Wisma Darul Iman yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Terengganu dengan diketuai oleh Pejabat Menteri Besar.

Kod Sekolah : TBA 3001

Sessi Persekolahan : Ia merupakan persekolahan satu sessi sahaja.

Pelan Sekolah : Lihat Pelan (klik di sini ).

Huraian Pelan Sekolah: SKTAM terdiri daripada tiga blok bangunan utama untuk pembelajaran, sebuah surau, sebuah kantin, dan sebuah blok yang menempatkan setor, darjah 1K dan bilik Sains. Manakala sebuah blok teknologi ( pam bomba) terletak bersebelahan dengan kantin.

Kedudukan Blok-Blok Pembelajaran.

Blok Lama : Ianya terdiri daripada bangunan dua tingkat separuh batu (kayu di atas ) . Bangunan ini mengandungi ruang-ruang pembelajaran untuk Bilik Kelas Pemulihan ( Penderasan ), Tiga Balqis , Dua Balqis, Dua Khadijah, dan Dua Mariam ( di sebelah atas ). Manakala di bahagian bawahnya pula mengandungi ruang, ruang untuk Alatan Bantu Mengajar, Bilik Guru, Stor Psungket, Klinik gigi dan Bilik Komputer.

Blok Pejabat : Ianya terdiri daripada bangunan dua tingkat batu sepenuhnya. Tingkat bawah mengandungi ruang-ruang pembelajaran untuk Kelas Lima Khadijah, Lima Mariam, bilik guru Lama, Pejabat, Stor, Tandas Murid lelaki, Tandas Guru Perempuan dan Tandas Guru Lelaki. Tingkat atas pula mengandungi ruang-ruang pembelajaran untuk Kelas Lima Balqis, Enam Mariam, Enam Khadijah, Enam Balqis dan Tandas Murid Perempuan.

Blok Baru : Blok ini terdiri daripada bangunan batu tiga tingkat. Tingkat bawah mengandungi stor PJK, Bilik-bilik Kelas Satu Mariam, Satu Balqis, Bengkel Kemahiran Hidup, Stor SPBT dan Tandas Murid Lelaki. Tingkat satu mengandungi Bilik Kelas Satu Hawa, perpustakaan, Bilik Tayangan dan Tandas Murid Perempuan. Tingkat dua pula mengandungi ruang-ruang stor, Bilik-bilik Kelas Empat Mariam, Empat Khadijah, Empat Balqis, Tiga Mariam dan Tiga Khadijah.

Keramaian Guru :

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam mempunyai 32 orang guru terlatih sepenuhnya. Daripada jumlah itu 10 orang terdiri daripada guru lelaki dan selebihnya seramai 22 orang terdiri daripada guru-guru perempuan.

Keramaian Kakitangan ( Staf sokongan ) :

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam mempunyai seorang pembantu tadbir, seorang jurutaip, seorang pembantu Am rendah, seorang pembantu Rendah Awam dan seorang jaga ( kontrak ) untuk membantu mentadbirkan sekolah. Di samping itu Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam juga mempunyai dua orang pekerja swasta ( Pembantu Rendah Awam ) untuk membantu membersihkan kawasan sekolah.

Keramaian Murid :

Keramaian murid Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam ialah seramai 695 orang semuanya . Ianya terdiri daripada 350 orang murid lelaki dan 345 orang murid perempuan. Kebanyakan murid-murid di sini tinggal di persekitaran sekolah dan ada juga yang tinggal jauh dari sekolah. Murid-murid yang tinggal berjauhan ini ialah anak-anak pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja berhampiran dengan sekolah.

Latar Belakang Murid :

Ramai di antara murid-murid yang tinggal berhampiran atau sekitar kawasan sekolah datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan mereka bekerja sendiri (peniaga ), boroh, nelayan, pengayuh beca dan lain-lain.

Separuh lagi murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat-pejabat yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Ramai juga murid-murid di sini merupakan anak-anak polis kerana Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam juga terletak berhampiran dengan berek Polis FRU yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.

PROFIL GURU BESAR KURIKULUM H .E. MURID

KOKURIKULUM GURU PIBG ALBUM LAGU SKTAM LINK URL BERITA TERKINI Renungan