CIRI-CIRI IDENTITI S.K.T.A.M.

MOTTO SEKOLAH

" MAJU JAYA "

PENGERTIAN :

Matlamat persekolahan dan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam ini adalah ke arah menghasilkan perkembangan dan kemajuan individu dalam berbagai bidang merangkumi aspek - aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan FPN. Unsur atau elemen yang paling penting dan perlu untuk memenuhi dan merealisasikan hasrat dan aspirasi ini adalah usaha yang gigih lsgi bersepadu dari semua pihak yang terlibat dengan pendidikan di sekolah ini, khususnya murid, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

BENDERA SEKOLAH

PENGERTIAN :

PUTIH : Melambangkan kejujuran, keikhlasan dan kemurniaan

MERAH : Melambangkan ketegasan, ketekunan , kegigihan dan keberanian

LENCANA SEKOLAH.

HITAM , PUTIH SERTA BINTANG :

Bendera Terengganu - Sekolah dalam negeri Terengganu

JALUR MERAH PUTIH :

Melambangkan negara Malaysia - negeri Terengganu terletak di dalamnya.

BULATAN :

Melambangkan bersatu untuk MAJU JAYA

RODA :

Melambangkan tenaga dan kegigihan untuk kejayaan.

MERAH PUTIH :

Melambangkan bendera sekolah

KUNING :

Melambangkan keagongan dan kemegahan.

PIAGAM PELANGGAN

SEK. KEB. TENGKU AMPUAN MARIAM

20200 KUALA TERENGGANU

KAMI BERSEDIA BERKHIDMAT DENGAN PENUH KEJUJURAN, KEIKHLASAN, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERDEDIKASI SERTA PRIHATIN TERHADAP SEMUA PELANGGAN KAMI SEBAGAIMANA BERIKUT :

Sentiasa berusaha menjaga kebajikan, meningkatkan taraf kesihatan dan menyelesaikan permasalahan murid dengan adil dan saksama samada dalaman atau luaran.

 

Kesungguhan memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran serta bimbingan yang sewajarnya kepada pelajar.

Takwa dan taat dalam menjalani tugas seharian untuk meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan keselamatan di sekolah.

Akur dengan sebarang perintah atau peraturan demi kecemerlangan pentadbiran, ketetapan dan kecepatan maklumat tertentu yang diperlukan.

 

Melahirkan pelajar yang berilmu , beramal dan berakhlak mulia serta berketrampilan.

 

KAMI BERSEDIA MENERIMA CADANGAN YANG MEMBINA DENGAN FIKIRAN TERBUKA DEMI MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN ORGANISASI KAMI.

MISI SEKOLAH

BAHAWA SESUNGGUHNYA WAWASAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN MARIAM

20200 KUALA TERENGGANU

IALAH : -

UNTUK MEMBENTUK DAN MELAHIRKAN

 

PELAJAR YANG BERDAYA MAJU DI DALAM SEMUA

 

ASPEK ROHANI, EMOSI, JASMANI, INTELEK,

 

SAHSIAH DAN SOSIAL BERSESUAIAN DENGAN

 

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

 

KE ARAH WAWASAN 2020

 

MATLAMAT SEKOLAH

1. Mencapai matlamat DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

2. Melahirkan golongan pelajar yang berilmu , bermoral dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

3. Mewujudkan kesefahaman dan kerjasama , komuniti ke arah pembentukan konsep sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat.

 

MATLAMAT KHAS SEKOLAH

1. Meningkatkan pencapaian akademik dari segi kualiti dan kuantiti.

2. Melahirkan pelajar yang mahir dan berketrampilan dalam berbagai bidang serta tidak lupa kepada Tuhan.

3. Melahirkan pelajar yang berkemah tinggi, berdisiplin, penyayang dan bermoral.

 

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

· Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah.

· Bekerja Dengan Ikhlas Dan Cekap.

· Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap

· Bekerja Dengan Semangat Gotong-royong Dan Musyawarah Serta Berpadu Fikiran.

· Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat.

· Anggaplah Kerja Sebahagian Daripada Ibadah

 

TERAS PERKHIDMATAN

· Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan.

· Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab.

· Berusaha Mengikis Sikap Memetingkan Diri.

· Berkhidmat Dengan Penuh Rasa Muhibbah Dan Kemesraan.

· Bekerja Ke arah Memajukan Fikiran Dan Pembangunan Negara.

· Bekerjasama Dalam Membenteras Kelemahan Dan Musuh Negara.

· Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama.

SEJARAH GURU BESAR KURIKULUM H .E. MURID KOKURIKULUM GURU

PIBG ALBUM LAGU SKTAM LINK URL Maklumat Terkini Renungan